Sunday, 21 August 2011

Testis bengkak sebelah

SOALAN:
Saya berusia awal 20an, mempunyai satu masalah di mana saya dapati baru-baru ini keadaan testis saya merasa sakit di sebelah kanan dan membengkak. Saya pernah berjumpa doktor dan doktor tersebut telah menyarankan untuk memakan ubat dan namun testis saya telah mengecil dari keadaan normal. Namun begitu keadaan testis sebelah kiri normal. Kenapa keadaan ini berlaku?

Pengirim,
John,
Miri, Sarawak.

JAWAPAN:
Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dan anggota itu terletak di dalam kerandut buah zakar. Pendapat mengatakan kedudukan buah zakar yang tidak seimbang adalah petanda kurang subur, petanda masalah syahwat atau masalah tenaga batin.
Terdapat keadaan buah zakar tidak mengembang dan tumbesarannya terbantut. Perkara ini jarang berlaku dan jika berlaku boleh menjejaskan kesuburan lelaki. Buah zakar yang pejal suatu ketika menjadi lembik, berkemungkinan mengalami masalah pada kilang sperma dan mungkin petanda mandul kalau kedua-dua buah zakar itu berkeadaan sedemikian. Jadi apabila satu buah zakar sudah rosak, buah zakar satu lagi yang normal itu dapat berfungsi kecuali buah zakar itu juga sudah rosak.
Radang buah zakar boleh berlalu secara spontan. Ini mungkin disebabkan jangkitan kuman virus Mumps atau 'Beguk'. Apabila buah zakar mengembang, kemungkinan sel permulaan sperma atau germinal epithelial cells terhimpit antara satu dengan yang lain dan boleh rosak. Apabila kerosakan ketara, kilang-kilang sperma rosak dan lelaki itu tidak dapat menghasilkan sperma. Kadangkala kerosakan kilang sederhana san sel-sel kilang putih dan ini boleh dikenal pasti melalui ujian air mani apabila kedua-dua buah zakar berada dalam keadaan rosak.
Sekiranya mengalami masalah buah zakar, berjumpalah dnegan doktor pakar sakit tuan bagi menjalani ujian air mani apabila masalah itu sudah selesai dan keadaan buah zakar kelihatan tidak seperti dahulu.

1 comment:

  1. Saya berusia 26 tahun dan sudah setahun mendirikan rumah tangga.sebelum mendirikan rumah tangga berat badan saya 57kg. Setelah mendirkan rumah tangga berat badan saya mencecah 99.4 kg. baru-baru ini saya mempunyai masalah keadaan buah testis di sebelah kiri saya nyilu dan membengkak.ketika d sentuh ia akan berasa nyilu. Saya belum menjumpai doktor kerana saya rasa ianya sementara. Namun begitu buah testis pada sebelah kanan pula normal. Adakah saya menghidapi kanser testis? Apakah ada ubat dan apakah rawatan nya selain dari pembedahan?

    ReplyDelete